Dear Mommies, Jom Rebut peluang pada 10 malam terakhir Ramadhan

 Assalamualaikum semua,

Entry harini sekadar untuk peringatan untuk diri sendiri dan semoga membawa manfaat untuk sahabat-sahabat yat kat luar sana.

Masa sangat mencemburui kita dan Ramadhan hampir sampai ke penghujungnya. Memandangkan kita telah masuk pada 10 malam terakhir ramadhan, jom kita rebut peluang 10 malam terakhir ramadhan ini.

Sebagai seorang ibu, kita merasakan terlalu banyak tanggungjawab yang kita perlu sempurnakan. Dalam bulan yang mulia ini, ajari diri kita untuk lebih ikhlas dan betulkan niat kita untuk mencari redha Allah dalam setiap langkah dan setiap usaha kita dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang ibu, isteri, anak dan sudah tentu sebagai seorang hambaNya.



Antara amalan yang geng mommies boleh amalkan adalah:

1. Mandi, berpakaian bersih dan berwangi-wangian.

Dalam kesibukan menguruskan rumah tangga dan kerjaya, janganlah kita abaikan kebersihan diri dan sesungguhnya Allah sukakan kecantikan dan kebersihan.

Jom Mommies kita upgrade diri kita untuk sentiasa dalam keadaan yang terbaik dan fresh ourself supaya lebih bersemangat dalam melalukan ibadah.


2. Menunaikan solat sunat, iktiqaf dan membaca alquran

Antara solat sunat yang kita boleh amalkan adalah solat sunat sebelum subuh, solat sunat dhuha, solat sunat terawih, solat sunat tahajjud, solat sunat taubat, hajat dan witir.

Jika mommies dalam keadaan uzur, don't worry mommies. Mommies still bolek amalkan:

  • Berdoa
  • berzikir
  • Membaca terjemahan Al-Quran dan menghayatinya
  • Mendengar ayat-ayat suci Al-Quran ataupun bacaan daripada ahli keluarga

3. Banyakkan berdoa

Antara doa yang boleh diamalkan:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni

Bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini.”

4. Bersedekah dengan keikhlasan kepada Allah.

Tak kira apa jua jenis sedekah, kita lakukan dengan semampu kita dan seikhlasnya. 

Sesungguhnya rumah tangga kita dalah ladang pahala bagi seorang isteri dan seorang ibu. Alangkah lebih bermakna jika kita dapat sulami tanggungjawab kita dengan amalan-amalan sunat, zikir dan doa tambahan pula di dalam bulan Ramadhan yang berkat ni kan. 

Jom hidupkan malam-malam kita dan Rebutlah peluang ini bersama-sama keluarga tercinta kita agar dapat membina keluarga bukan sahaja di dunia bahkan di syurga Allah.


Daripada Aisyah: Adalah Rasulullah jika masuk pada malam 10 malam terakhir, maka ia akan menghidupkan malam-malam itu, dan membangunkan ahli keluarganya, dan akan menjauhi daripada membuat hubungan suami isteri. - [HR Muslim 2008].
Wallahualam..




Comments

Popular Posts