IDEA MENU SIMPLE TAPI MENARIK OPEN HOUSE HARI RAYA

Hari ni dah masuk syawal ke 25.

Selagi belum habis syawal, selagi tu lah banyak jemputan open house hari raya yang kita kena penuhi. 

Dah selesai beraya di rumah saudara, jiran dan rakan-rakan, tibalah masanya untuk mereka pula datang ke rumah kita. Tapi, menu apa yang nak dimasak untuk tetamu datang menjamu selera? Jenuh jugak nak fikir kan?

Ok kat sini Yat sharekan beberapa menu yang Yat dan kategorikan beberapa bahagian.

MAIN MENU

1. NASI


Ok , kalau korang terfikir untuk nak buat nasi sebagai main menu korang, Yat cadangkan untuk buat nasi ayam. Kenapa nasi ayam? sebab menu nasi ayam ni mesra perut tetamu. dewasa boleh makan, kanak-kanak pun boleh makan.

ok jugak kalau kita keluar sikit dari menu raya yang dah banyak sangat kita makan sejak hari raya pertama. 

2. MENU SELAIN NASI

Ada kawan-kawan yang tak nak makan nasi masa raya? haaa, korang boleh sediakan menu-menu ni sebagai pengganti menu nasi.

SPAGHETTI BOLOGNESE



MEE KARI



BIHUN SUP/ SOTO


DESSERT 

Dessert ni terpulang jugak pada kerajinan & bajet korang. Kalau nak yang simple tapi sedap pada tekak semua orang, korang buat je lah kek batik. Kalau nak upgrade sikit, korang boleh buat kek batik indulgence 😜



Boleh jugak buat puding yang simple-simple memandangkan cuaca sekarang yang panas berdesing ni, dapat makan puding sejuk-sejuk tu kan sedappp.




MENU KANAK-KANAK

Kena fikir jugak menu untuk kanak-kanak selaku tuan rumah yang nakk buat open house ni. Ye lah, kita mak-mak ni memang fikir anak dulu bila part makan. Mak ayah sakan beraya, anak-anak pun kita hidangkan makananyang mereka suka jugak.

Yang paling mudah, boleh hidangkan nugget/ bebola ayam homemade, mac & cheese, kek coklat, aneka kek dan buah-buahan.





MINUMAN

Kalau korang nak buat air panas dan air sejuk, jangan fikir yang rumit-rumit. hahaha. Go for teh O! Teh o panas untuk warga tua yang suka layan air panas dan Teh O ais untuk yang nak kan air sejuk.

hang rajin? haaa,, buat lah air cocktail buah. Hahaha. 


Jangan dilupakan air kosong/ air sejuk untuk tetamu kita. Tak delah segan-segan dorang nak mintak dengan kita nanti kan.


Ok, setakat itu saja lah idea yang Yat boleh kongsikan untuk korang. Apa pun, terserah pada kemampuan bajet dan kerajinan korang jugak. Ada bajet banyak, order saja lah kan. hahaha. Tapi jangan lah order last minit sangat, risau jugak kalau ramai cetering yang dah closed order musim-musim open house ni kan.

Yang penting, objective kita buat open house ni untuk mengeratkan silaturrahim, yang dah lama tak jumpa, waktu raya ni lah baru kita sempat nak berjumpa.

Untuk elakkan pembaziran, korang boleh listkan tetamu yang nak dijemput dan hidangan yang nak dibuat.

Semoga entry kali ni beri manfaat  dan yang nak buat open house tu, jangan lupa jemput Yat ye. 😁

Selamat hari Raya uols!








Comments

Popular Posts